Set Resdung

Set Resdung

Product Code: Set Resdung
Availability: In Stock
Price: RM70.00
Qty:  

Set Resdung

Set Resdung

 

  

Punca Resdung

 
1. Alahan.  Iaitu terhadap jenis makanan tertentu, habuk, parasit (demodex) dan kutu.
Apabila anda mengalami alahan, daging yang bertindak sebagai penapis udara didalam hidung akan membengkak. Seterusnya, ia menyebabkan pergerakan udara tak dapat dikeluarkan. Kalau udara tu tak dapat keluar, ia pastinya akan terkumpul kat dalam tu. Kesannya, kulat akan tumbuh dan kawasan dalam hidung menjadi semakin membengkak. Anda yang pernah mengalaminya pasti tahu tahap kesakitannya.
 
2. Struktur hidung yang tidak normal, yang mungkin diakibatkan oleh tulang hidung retak atau patah ketika kemalangan boleh menyebabkan seseorang mendapat penyakit resdung. Bagi sesetengah orang yang mempunyai struktur tulang hidung yang ” senget ” tidak lurus (deviated nasal septum), risiko untuk mendapat resdung adalah tinggi.
 
3. Kerosakan atau sakit gigi di bahagian gusi atas boleh menyebabkan penyakit resdung. Kuman atau bakteria yang berasal dari kerosakan atau sakit gigi boleh merebak dengan mudah ke rongga sinus dan menyebabkan resdung. Hal demikian kerana kedudukan gigi gusi atas amat berdekatan dengan rongga sinus. Rongga sinus yang terdapat di dalam tulang pipi (dikenali sebagai maxillary sinus) merupakan rongga yang paling kerap mendapat sinutisis akibat kerosakan gigi.
 
4. Di samping itu kajian menunjukkan tabiat menyelam dan menyelam di air sungai atau kolam yang kotor serta laut yang tercemar turut menyumbang dan mengakibatkan penyakit resdung ini.
Lebih parah lagi, resdung ni boleh merebak ke bahagian mata. Akibatnya, anda boleh hilang deria penglihatan dan ia juga boleh menjangkiti otak.Tetapi, resdung ni tak berjangkit kat orang lain atau diwarisi oleh keturunannya.
 
5. Kurangnya imunisasi dalam badan yang menyebabkan bakteria dapat membiak seterusnya mengakibatkan resdung. Secara lazimnya, bakteria ini tidak mudah membiak dalam keadaan normal.
 
6. Tabiat merokok juga dikaitkan dengan punca berlakunya resdung kerana kandungan yang tidak sihat di dalam asap rokok.
 
7. Pemeliharaan haiwan contohnya kucing, arnab, anjing, hamster dan seumpamanya boleh juga menyumbang kepada resdung kerana bulu2 haiwan tersebut boleh menyebabkan alahan atau bakteria yg terdapat pada haiwan itu sendiri. Pastikan segalanya sentiasa bersih.
 
 
 
KAEDAH PENGGUNAAN
 
Sebaiknya sebelum sesi rawatan dimulakan dengan Istighfar 3 kali, Al - Fatihah dan selawat nabi atau sebaiknya selawat syifa..
 
Mulakan dgn urutan ringan di bahu, kemudian leher, belakang kepala, atas kepala dan disekeliling muka.. Fungsinya untuk melancarkan aliran darah dan memudahkan pengeluaran lendir semasa rawatan.
 
Seterusnya mulakan rawatan mengikut aturan produk di bawah :
 
 
1.SRI NAFAS
Kegunaan : melegakan selsema, hidung tersumbat, nafas berbau, membuka rongga pernafasan.
 
Kaedah : dgn menggunakan 2 putik kapas titikkan beberapa titisan Sri Nafas.. Kemudian masukkan ke dalam lubang hidung.. Tarik nafas dalam - dalam dan keluarkan nafas melalui mulut.. buat seketika dalam 5 - 10 minit. 
 
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
 
2.SERBUK HERBA RESDUNG
Kegunaan : Untuk mengeluarkan lendir resdung, membuka rongga pernafasan dan mencairkan kahak di kerongkong..
 
Cara Penggunaan : ambil sedikit (sukatan : gunakan sudu pengacau minuman panas di McDonald's), secubit kecil.. Tutup lubang hidung kiri dgn jari kemudian sedut serbuk di lubang hidung kanan. Kemudian tutup lubang hidung kanan dan sedut serbuk resdung ke dalam lubang hidung kiri.. lakukan urutan dari pangkal ke hujung hidung juga di sekitar wajah mengikut kesesuaian sambil berselawat dlm hati.. Jika lendir yg keluar panjang jgn diputuskan.. biar ia terputus sendiri.. Kadang kala ia hanya mendatangkan kesan bersin yang berpanjangan. Biasanya ia dalam tempoh 15 - 30 minit.. Kesan serbuk ini menyebabkan mata pedih dan berair. Jangan risau ia hanya sementara.
 
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
 
3.PATI HERBA SERBAGUNA
Kegunaan : Untuk melegakan gatal telinga, telinga berdengung, telinga berair serta merawat masalah kurang pendengaran. 
 
Cara Penggunaan : basahkan cecair herba serbaguna dengan putik kapas dan masukkan ke dalam lubang telinga. Jika kedengaran bunyi seolah - meletup biarkan sahaja sehingga bunyi tersebut hilang.. Kemudian bersihkan lubang telinga dengan putik kapas yg baru.
 
Seeloknya rawatan ini diamalkan selang sehari selama 3 kali. 
Kemudian kekalkan seminggu sekali. 
Jika lendir semakin berkurangan boleh diamalkan sebulan sekali atau dua kali..
Kesembuhan Hanya Milik Allah.. Moga produk ini diizinkan merawat masalah resdung anda..
______________
 
Kami (Alfateh Genertion Sdn Bhd) merupakan pemborong 
dan peruncit produk peralatan bekam dan kesihatan
terbesar di Malaysia. Hotline : 0132350009

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: