Papan Guasa Original
Papan Guasa Original
KELEBIHAN TERAPI GUASA
1. Meningkatkan metabolisme dalam badan
2. Melancarkan peredaran darah
3. Mengaktifkan sel-sel sehingga meningkatkan penyerapan oksigen dan dapat melancarkan peredaran darah.
4. Meningkatkan sistem kekebalan (imuniti)
5. Mengekalkan awet muda dan kecantikan melalui penundaan proses penuaan.
Diperbuat dari Tanduk Kerbau yang bersifat non konduktor listrik dan panas, efektif menghilangkan panas dan racun dari badan dan tidak menimbulkan gesekan atau panas pada kulit.
Untuk terapi Guasa jangan gunakan minyak kimia/lotion yang mengandung mentol dan seumpamanya yang menimbulkan rasa hangat/panas, kerana khasiat dari Guasa tidak akan kelihatan dan ia akan merosakkan papan Guasa.
Jenis minyak yang boleh digunakan untuk terapi Guasa :
- Minyak Gamat
- Minyak Zaitun
- Minyak kelapa dara
- dan lain-lain lagi
BAGAIMANA GUASA DILAKUKAN?
Pastikan papan guasa yang akan digunakan dalam keadaan bersih sebelum melakukan terapi.
Cara memegang papan guasa
- Pegang papan guasa membentuk sudut 45 darjah dari permukaan kulit.
- Sapu minyak dan ratakan pada bahagian tulang belakang dan beberapa bahagian tubuh lain.
- Gunakan papan guasa dan gosok secara perlahan-lahan pada kulit hingga kelihatan merah.
- Selepas terapi guasa, rasa sakit yang dialami hingga 2 - 3 hari.
- Selepas 5 – 7 hari terapi guasa boleh dilakukan lagi.
- Gosokan dengan guasa tidak akan menimbulkan kesan samping walaupun dilakukan dibahagian tubuh yang salah.
- Banyakkan minum air selepas terapi guasa untuk mengaktifkan pembuangan racun dari tubuh.
- Jangan lakukan terapi guasa ditempat terbuka atau berdekatan kipas angina/air-cond.
Terdapat 3 cara menggosok Guasa :
- Perlahan dengan kekuatan sewajarnya.
- Perlahan dan kuat.
- Cepat dan kuat.
Ada 3 jenis warna setelah diterapi Guasa :
- Merah muda (biasa)
- Merah tua (masuk angin)
- Hitam-biru (toksin yang sudah lama didalam tubuh)
Setelah digosok pada titik-titik tertentu berulang kali, bintik-bintik merah akan timbul.
- Apabila bintik merah sudah timbul, pindah ke bahagian lain.
- Gunakan bahagian Guasa yang tebal apabila menggosok pada kawasan yang sakit.
- Pesakit perlu banyakkan minum air suam untuk melancarkan sistem peredaran darah, metabolisme serta membantu mengeluarkan toksin melalui air kencing.
- Jangan gosok pada bahagian luka
- Jika pesakit merasa pening ketika terapi Guasa dilakukan, hentikan proses tersebut dan berikan pesakit minum air suam.
- Jangan terus mandi sejurus saja proses Guasa dilakukan. Sebaiknya sejam kemudian barulah mandi.
JENIS-JENIS PENYAKIT YANG DAPAT DICEGAH
Masalah kesihatan yang berkaitan dengan sistem peredaran Darah
Seperti : Tekanan darah tinggi, tekanan darah rendah, sakit jantung, stroke, lumpuh separuh badan, kadar kolesterol tinggi dll.
Masalah kesihatan yang berkaitan dengan sistem pembuangan
Seperti : Buasir, sembelit, radang saluran kencing, sakit pinggang dll.
Masalah kesihatan yang berkaitan dengan sistem pembiakan
Seperti : Haid tidak lancar, kemandulan, lemah tenaga batin, keputihan dll.
Masalah kesihatan yang berkaitan dengan sistem Urat saraf
Seperti : sakit bahu, migrain dll.
Masalah kesihatan yang berkaitan dengan sistem Pencernaan
Seperti : Gastrik, sembelit, muntah, dll.
Masalah kesihatan yang berkaitan dengan sistem Pernafasan
Seperti : sakit tekak, batuk, sakit kerongkong, radang hidung, asma dll.
Masalah kesihatan yang berkaitan dengan sistem Tulang Dan Otot
Seperti : Radang sendi tulang, sakit tulang rusuk, tangan gemetar (parkinson), sakit otot kaki, sakit tulang belakang, sakit sendi siku, osteoporosis dll.
Masalah kesihatan yang berkaitan dengan sistem Endokrin
Seperti : radang tiroid, radang pankreas, radang hempedu, kencing manis, diabetes dll.
Masalah kesihatan yang berkaitan dengan sistem Pancaindera
Seperti : Katarak, telinga berdengung, sinus dll.
Write a review
Your Name:Your Review: Note: HTML is not translated!
Rating: Bad Good
Enter the code in the box below: